I take the opportunity to read through some of the swiftlet related blogs and one of the blogs that was written in Bahasa Malaysia attracted me. This is what the blogger had to say about bloggers writing about swiftlet farming trying to outdo one another. I had noticed one blogger condemning another calling him names and making accusations. This is what the blogger had to say:
"Dunia walit dunia jutawan, nilai pasaran RM 12 billion setahun amat besar untuk dikongsi bersama.. Janganlah kita menjadi manusia yang terlalu tamak hingga menggangu bisnes orang lain. Takkanlah kita nak rebut semuanya sedangkan ianya anugerah Allah kepada makhluknya rajin berikhtiar dan berusaha. Hentikan segala polimik dan kembali norma untuk meningkatkan potensi dunia walit yang sangat hebat, dimana Allah anugerahkan hanya kepada penduduk nusantara sahaja tidak dunia lain.
Tiada siapa yang berhak mendakwa ilmunya lebih hebat daripada orang lain kerana semuanya milik Allah, manusia cuma mampu berusaha dan berikhtiar sahaja. Walaupun ikhtiar kita betul dari segi kaedah dan caranya, tetapi jangan lupa bahawa rezeki adalah milik Allah yang diberi kepada siapa yang dikehendakinya.
Dalam industri walit belum lagi ditubuhkan suatu badan yang boleh mengiktiraf ilmu seseorang sehingga ianya layak digelar pakar dalam bidang walit. Gelar diri sendiri bolehlah, macam naik lif tekan suiz sendiri. Siapa-siapa pun boleh buat. Buat sebuah rumah burung walit, kemudian burung walit datang bersarang mengangku jadi konsultan atau mendakwa cara dia buat semuanya betul. Jika orang lain buat tak ikut cara dia dianggap salah. Tapi yang dianggap salah tadi pun burung datang bersarang juga. Kadang-kadang apa yang dia buat kali pertama berhasil dan bila buat yang lain tidak menjadi pun. Dimana silapnya, adakah ilmunya salah, tidak! itulah dikatakan rezeki.
Jika anda mempunyai blog tulislah apa yang anda nak tulis, katalah apa yang anda nak kata, dakwalah apa yang anda nak dakwa kerana itu hak anda orang lain tidak boleh mempertikaikannya. Kerana mereka tidak bayar kepada anda."
To read the full post, visit this site.
No comments:
Post a Comment